Hi there! Nama saya Firdhaus Faiza bin Fajaruddin. Dekat UTM member biasa panggil saya Peja. Saya dilahirkan di Taiping Perak pada 3 April 1982. Kini menetap di Subang Jaya, Selangor manakala di UTM saya tinggal di Kolej Tun Razak. Saya berpandangan bahawa teknologi maklumat atau IT merupakan pengetahuan asas bagi masyarakat dunia hari ini yang perlu didedahkan kepada semua peringkat umur. Boleh dikatakan pada hari ini dan masa akan datang, IT merupakan tapak asas bagi segala aspek kehidupan seperti perniagaan, pendidikan dan pentadbiran. IT membezakan tahap pencapaian atau taraf hidup masyarakat dalam sesebuah negara. Ia juga merupakan senjata yang mampu menggugat sistem pertahanan sesebuah negara. Sekiranya kita tidak menguasai IT, negara kita akan ketinggalan dan ditindas. |